PISSTTTTTT

Hari jumaat 13.7.12 ibu dah mula rasa awak kick..hihi.. lepas makan mesti rasa.. minum air sejuk pun rasa... anak ibu... ibu sayang awak..awak mbesar dengan sihat ya....hari nie ibu beli baju awak..warna putih dengan biru..thank you ayah belikan baby baju :D..beli barang sikit2 kata ayah..nanti baby dah keluar kita beli lagi ya ..sayang

#tadi patutnya ada kenduri rumah jirah ayah kata smalam nak g..tapi xjadi sbb ayah risau ibu xmakan.. sayang jgk ayah kat ibu :P#

KISAH SCAN KE 2

Scan 5 bulan.. sbelum pg klinik puas pujuk baby.. makan roti sbb sis ida kata kena makan hehe..sbb scan pertama  x mkn..1/2jam tggu kat klnik  hari tu hujan basahi kawasan klang hihi.. 9.7.12 pukul 8 lbh baru keluar rumah ingatkan nak g pasar malam ..pujuk2 ayah akhirnya ayah setuju scan .. masuk je bilik doktor suruh baring biasa ayah kat sisi ... scan tunjuk anak ibu..ibu nak tahu baby ibu nie gurl ke boy..sbb ibu nak beli brg sikit2..Alahai anak ibu tido..kaki kepit ..puas doktor kacau awak..awak tetap tidur..doktor kata awak marah hihi..macam ibu kalau ayah kacau tido marah sakan hihi..lama doktor scan tapi awak tetap tidur ..syok tido..kaki kepit ..anak ibu malu ya..doktor kata xapa nanti scan jangan bg tahu awak hihi..Alahai anak ibu... ibu nak tgk awak ... awak tido ya sayang...


Esok nya .. selasa 10.7.12 petang tu tgh main fb sembang ida.. perut rasa geli .anak ibuuuuuuuuuuu gerakkkk ibu rasa.... ibu gelak2.. anak ibu gerak rasa..Oh anak ibu nak hadiah perasaaan kat ibu.. nak pujuk ibu eh :P...xapa lah sayang janji awak sihat..awak kena kuat jangan gembeng cam ibu .. :P minggu depan ambil darah coz HB ibu rendah..harap2 lepas nie ok lah AMIN----(gambar scan xclear ambil guna kamera .. jadi xambil ya)


LAGU NIE TERSENTUH HATI


setiap hari ku bayangkan
setengah mati ku korbankan
apa pun akan ku lakukan
demi kamu (demi kamu)
setiap hari ku harapkan
setengah mati ku korbankan
apa pun akan ku berikan
demi kamu demi kamu
reff:
sya la la la lai la la la la lai
seribu kali ku mati ku rela tuk dirimu
sya la la la lai la la la la lai
sekali pun ku takut kan kehilanganmu
setiap hari ku bayangkan
setengah mati ku korbankan
apa pun akan ku lakukan
demi kamu demi kamu
repeat reff [4x]
setiap hari ku bayangkan
setengah mati ku korbankan
apa pun akan ku lakukan
demi kamu (demi kamu)

SCAN 4 BULAN

 pagi  6.6.2012 kena jumpa doktor klinik sementa....doktor suruh scan sebab perut dgn rahim 19cm mcm 19minggu ..biasa lah aku kan gemuk babat je tebal hehe..ptg tu doktor suruh pergi kapar scan kerajaan dengar xdapat pic xjadi lah xdapat jadi kenangan lagi pun scan pun xmahal mana rm30-rm40 je..jadi atas nasihat kawan2 facebook dan diri aku sendiri aku pun scan klinik swasta.. pergi klinik shima xbuka ..pergi klinik nuraini rantau panjang ..aku sampai aje cari tandas hehe biasa lah org mgandung kuat buang air..normal kot.. nama aku kena panggil aku terus masuk xtgk nama doktor tu boleh mulut nie terkeluar kata2 ALAMAK DOKTOR LELAKI ..doktor tu cakap kenapa .. nak doktor perempuan pukul 6 ,aku cakap xapa boleh saya nak scan..terus kena baring hati aku berdebar2 takut nak tgk baby.. hubby dekat sisi aku..doktor.. pun scan... mula2 xnmpk..akhir nampak baby ibu..alahai sayu hati ibu lihat anak ibu ..doktor kata baby ok normal..baby dah ada bentuk cuma kecil lagi biasa baru 4bulan..pastu anak ibu bergerak tersentuh hati ibu .. rasa sukar digambarkan ibu nampak baby dalam perut ibu.. ibu tanya jantina baby ..doktor kata xnampak lagi..xapa ibu xkisah baby gurl ke boy janji baby ibu sihat ya sayang...dah semua selesai..aku pun tanya kat hubby..apa perasaan hubby tgk baby gerak..boleh jawab entah xtahu..byk kali aku tanya tu jawapan nya.sama sampai kat rumah aku tanya last2. aku cakap aku kawin robotcop agak nya hubby ketawa je  hubby nie org tanya semua xtahu hehe..last2 dia baru cakap lelaki mana nak cakap perasaan nya..alah aku dah kenal hubby macam mana..dari bercinta xtunjuk perasaan nya..tu..tu..hubby kata suka kat aku nak masuk meminang.. hubby memang jenis pdiam.. aku bising hehe biasa sorang pdiam sorang bising >..<

MUKA AKU 3BULAN HAMIL :)

..hehe perut xbesar mana tapi babat je lebih :D

ALHAMDULILLAH REZEKI KU TUNGGU SETELAH 3 TAHUN

 Alhamdulillah rezeki tahun nie 2012 dapat rumah dan dapat anak insyaallah ..Aku dapat kunci rumah bulan 4 bulan 3 sah hamil..seronok nya :) .#.last period aku bulan dua..masa masuk bulan 3.. 12hb xdatang period tapi sakit perut mcm period aku wat xtahu je..sminggu..lewat..aku fikir kejap2 ala2 wat2 xtahu sbb xnak kecewa pernah sebulan xperiod test satu line..2 minggu..aku usha pakcik goggle tanda2 hamil..aku tgk mcm ada ..hehe tanda..tapi xmharap..perut aku pun rasa lain..mcm ada nadi..xrasa tapi bila tgk dpt gerak sikit..aku pun beli test  21 .3.2012 tapi aku xtest . 22hb.khamis hubby send sms tanya + atau - masa tu hubby shif kerja shif pagi..mlm tu aku xleh tido sbb sakit perut angin biasa tanda2 period..aku xjadi test hari khamis.. ..aku berazam esok 23hb jumaat hari paling baik..aku tawakal je..sambil bdoa..pagi tu aku bangun punya pagi pukul 6..terus ambil test g buang..air..sloww...line tu jalan.. jadi 2line... aku xpercaya..aku pergi tgk lagi kat dapur..bjalan laju ke bilik ..abangg Ayang mengandung..mcm ningau hubby bangun..terkelip2 mata nya..g ke dapur..aku ingat dapat peluk cium. haha hampe..dia pun mcm sedar x sedar mana xsubuh2 bangun mgenjut..dia kata..HMM MNGANDUNG PASNI KENA JAGA... dah tu dia termenung..mgkin mcm xcaya kot tapi xnak tunjuk.. AYANG NAK KOPI..tu ayat dia...hahaha GELAK aku fikirkan hal hubby xtak romantik nie :D...masa test pertama tu xjelas sbb aku kena kencing kotor biasa nak lekat macam tu..ke dua beli klnik baru ok .. # masa dah sah xdiet lagi :)

SEMANGATKU HILANG


Lama tak update..sepanjang xupdate saya banyak kantoikan diet,walaupun xambil nasi ...saya xmakan 20carb saya xminum air 3 liter..Ya Allah kuat semangat nie balik untuk lakukan ..diet ..

MENU-MENU



MENU 28 DAN 30


29  january makan ayam mcd ^^
Menu sama je ..ayam goreng sayur

ADA BEZA TAK?



Macam sama aje ^^baru 2 bulan :)

MENU 27 JAN

menu sarapan & tgh hari dan malam nanti menu sama

 hari nie saya makan coklat hehe..10carb sebab lapar sangat ..lagi pun kurang makan lain hehe tak tahan dugaan tengok coklat nie kat dalam aisbox hehehe...

Banyak nya nasi hehe..bukan saya tapi mr hubby....

MENU 26 JAN


 sarapan & makan tgh hari .ikan tu dua hehe..saya suka lehar ayam ..dap dap..
makan malam pukul 7 ..extra limau sebiji ^^   minum air secukupnaya paling bagus 3 liter k

HARI TANPA DIET

 akhir dapat makan 2 biji coklat nie : ~
Hari nie kena pergi hospital temankan bapa mertua check..hubby nak suruh ikut ..so terpaksa tak diet..dalam buku tak nak gemuk..korang boleh satu hari tanpa diet..so makan apa korang nak..tapi ingat satu hari dalam sebulan aje.. senyum sampai telinga tapi percaya lah perut korang tak macam dulu makan cepat kenyang :~

VITAMIN

Dua bulan saya makan multi vitaman ada iron.dah terbeli jadi makan..susah nak cari multivitamin tak ada iron./sebulan dua saya try makan vitamin c (dalam pic ) :)

ini hotdog yang boleh di makan carb ia..o.7 sebatang :) harga pun murah boleh di dapati di ecosave dan NsK :)

JALAN-JALAN BUKIT MELAWATI





arggghhhh ! tak suka tgk pic hehe tapi kena bersyukur  :)..kena usaha lebih ..saya nak kurus macam dulu (time makan ubat ) tapi sekarang saya nak kurus tanpa ubat selain vitamin :~SAYA PASTI BOLEH 

MENU HARI INI 24 JAN

sarapan pagi- jangan lupa minum dulu baru makn dan agi makan multivitamin tanpa iron 
makan tengah hari saya tak makan nasi nya bgi encik suami..saya makan ayam dah sup soto :) air ais kosong..(sbb saya makan luar hari nie)

malam saya tak makan sbb dah lewat sampai rumah jadi saya tak nk perut kosong saya makan limau (raya cina limau banyak) makan sebiji je 

MAKANAN YANG TAK BOLEH DI MAKAN

Semasa 2 Minggu Induction:
1.) Elakkan nasi, mi, mihun, laksa, laksang, spagetti, fettucini, vermicelli, kuew tiau dan yang sebangsa dengannya.
2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, roti boy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa-apa yang sebangsa dengannya.
3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
4.) Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).
5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!
6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu.
8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.
9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.


Makanan Yang Diharamkan Selama 2 Minggu Induction
1. Minuman bergula seperti jus buah-buahan, air bergas (coke, sprite, pepsi), minuman berkafein seperti kopi, cappuchino, moccha, milo, barli, horlick, dll.
2. Sayuran berkarbohidrat timggi seperti kentang, segala jenis ubi, lobak.
3. Buah-buahan, tak kira apa-apa jenis terutama sekali pisang (23.7 gram karbohidrat sebiji).
4. Semua jenis roti, tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak.
5. Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.
6. Kek, biskut dan semua produk bergandum.
7. Makanan ringan seperti gula-gula, potato crisps, chocolate, pop-corn, aiskrim.
8. Kekacang, sama ada peanuts, pistachio, dll.
9. Mihun, mi biasa, pasta, spageti, macaroni.
10. Pizza, nachos, tortilla chips, doughnuts dan any other Fast Food.
11. Gula (tak kira gula putih, merah, gula melaka, artificial sweetener, madu lebah).
12. Nasi putih, pulut, brown rice. Setengah pinggan nasi putih ada 22 gram karbohidrat! Kalau 3 pinggan.
Ingat! Had 20 gram karbohidrat selama Induction ini bukan bertujuan untuk menyusahkan anda tetapi untuk memastikan badan anda membakar lemak, bukan glukosa. Dari segi sainsnya, badan akan menggunakan glukosa sebagai bahan api terlebih dahulu sebelum lemak. Jika anda mengehadkan karbohidrat kepada hanya 20 gram atau kurang sehari, store glukosa badan anda akan ?habis? dalam masa 48 jam (2 hari). Selepas tu, apa yang dibakar oleh badan anda sebagai tenaga adalah lemak semata-mata dan dengan cara inilah anda akan menghilangkan lemak.
Itulah sebabnya mereka yang mengamalkan diet rendah lemak (low-fat diet) sering tidak berjaya. Bukan apa, walaupun mereka makan makanan rendah lemak seperti low-fat yoghurt, minum jus buah-buahan, makan hanya roti sahaja tapi tak makan daging atau telur, makan makanan low-fat dalam paket, yang pastinya makanan tersebut mengandungi karbohidrat dari gula, tak kira gula buah-buahan atau karbohidrat biasa.
Tengoklah pada label makanan diet, terutamanya yang berbentuk paket. Banyak yang ada 0 gram fat and 0 calorie tapi carbohydrate sampai mencecah 30 gram sepeket! 30 gram karbohidrat tu kalau dimakan akan bertukar menjadi glukosa. Bila anda exercise, glukosa itu yang dibakar sebagai tenaga dan hilang, lemak hilang sedikit sahaja sebab tiap-tiap kali makan, anda minum sepeket. Kalau 3 kali sehari, dah 90 gram karbohidrat. Sedangkan kalau nak kurus betul-betul, anda hanya patut makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja! Buat apa membazir duit membeli makanan diet dalam peket sedangkan anda boleh kuruskan badan dengan hanya menjaga karbohidrat dalam pemakanan.
Induction hanya berlangsung selama 2 minggu. Kalau berat badan berlebihan sangat atau lambat menyusut, anda boleh kekal pada tahap Induction selama 6 bulan ke atas dengan selamat. Tahap seterusnya, Ongoing Weight Loss, akan memperkenalkan makanan berkarbohidrat secara berperingkat, daripada hanya memakan 20 gram sehari, ditambah 5 gram setiap minggu (kepada 25 gram, 30 gram, 35 gram, etc) supaya anda tahu had toleransi karbohidrat anda.
Had toleransi kabohidrat anda ialah jumlah karbohidrat tertinggi sehari (dalam gram) badan anda boleh proses tanpa menyebabkan penambahan atau kekurangan berat badan (equilibrium state). Untuk atlit atau yang bersukan, boleh mencecah tahap 100 gram karbohidrat sehari tapi orang biasanya 40-70 gram sehari. Ada yang bermetabolisma rendah hanya pada tahap 24 gram sehari. Kaum lelaki, terutamanya yang muda akan lebih mudah membakar karbohidrat dan lemak daripada kaum wanita.




sumber dari-http://bicikut.blogspot.com

MAKANAN YANG BOLEH DI MAKAN

Boleh Makan:
1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.
2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis.
3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.
4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dengan cili boh. Elakkan sotong kerana karbohidrat tinggi.
5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun.
6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.
7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.
8.) Burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je...
9.) Pizza? Makan topping sahaja.
10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.

Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan.
Contoh sarapan / Breakfast
1.) Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
2.) Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
3.) Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
4.) Keju - 2 keping - (1 gram carb)
Makan Tengahari / Malam
1.) Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
2.) Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)
3.) Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
4.) Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
5.) Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)

Carb = Karbohidrat
Jangan lebih drp 20 grams Carb sehari kalau nak kurus!
Nasi - 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !
Nasi - 1/2 pinggan (nasi separuh) = 44 grams Carb.
Nasi - 1/4 pinggan = 22 grams Carb.
Mee(mihun/spagetti/laksa/laksang/fettuccinni) = 10 - 100 grams Carb (meehoon paling rendah Carb = lebih kurang 10g sepinggan)


Contoh Menu
Pagi:
1.) 1 telur (boiled, goreng, atau scrambled), tambah kicap masin / mayonnaise atau makan begitu sahaja.
- 0.6 hingga 1 gram karbohidrat
- 2 keping roti Gardenia Breaktru (dulu Fit & Trim) Wholemeal - kandungan carbo is 10.1gm per 2 slices
2.) Sayur salad dengan serpihan keju mozarella atau olive oil sahaja.
- 0.5 karbohidrat
Tengahari:
1.) Ikan pari panggang (apa2 ikan pun boleh, asalkan sedap)
- 0 gram karbohidrat)
2.) ATAU ganti ikan dengan ayam (boleh roast, steam, goreng pun tak apa asalkan letak rempah tak berperisa tiruan, tak bergula).
- 0 gram karbohidrat
3.) Sayur bayam / sawi - boleh masak biasa asalkan tak bersantan, tak bergula, tak bercampur anything berkarbohidrat
0.2 - 1 gram karbohidrat
- any kind of sayur kecuali kentang. Kurangkan lobak merah..LEbihkan sayur2 hijau dan freash.
4.) ATAU makan salad sekali lagi

Malam: - sebelum jam 9.00pm:
Kurang lebih sama macam tengahari, kecuali kalau masak ikan waktu tengahari, malam tukarlah dengan ayam atau daging.
1.)Sup daging lembu, sup ayam pun okay asalkan tak bergula. Cukup berempah dan tambah garam.
2.)Tomyam pun boleh, tapi jangan letak sotong atau kerang, banyakkan udang, kepingan ikan, dan ketam (ketam dari pasar, bukan crab fingers sebab karbohidratnya tinggi.)
Karbohidrat Udang= 0 gram, Ketam hidup= 0 gram.
3.) Daging goreng kering
4.) ATAU steak lembu / kambing
Snacks:
1.) 1 keping Cheddar cheese
2.) atau salad ringan (seperempat / separuh saiz)
3) 2 keping tauhu sumbat..(isikan dgn taugeh dan timun sahaja)..makan pagi, tgh hari, ptg & malam pun takper..
Minuman:
1.) Air biasa
2.) Green tea / herbal tea boleh tapi jangan tambah GULA
*Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan! 
Carb = Karbohidrat 
Jangan lebih drp 20 grams Carb sehari kalau nak kurus! 

Sumber dari -http://bicikut.blogspot.com

CARA UNTUK KURUS

Buat sesuatu perkara mesti ada niat(untuk apa kita lakukan ) niat aku ada dua




untuk diri sendiri.
~tentu lah untuk suami.

Cara-cara untuk kurus






1. MAKAN SEBELUM PUKUL 8 MALAM SBB METABOLISME KURANG WAKTU MALAM    
2. MINUM AIR BANYAK SEBELUM DAN 30 MINIT SELEPAS MAKAN
3. MAKAN MAKANAN YANG MENAIKKAN METABOLISME SEPERTI TELUR
4. JANGAN MAKAN MAKANAN ATAU AIR BERGULA..SKETT PUN XLEH
5. ELAKKAN MAKANAN BERKUAH
6. ELAK MAKANAN YG MENGANDUNGI CARB..XPAYAH AMIK TERUS WALAUPUN SKET.
7. CUKUP TIDUR
8. TIMBANG SELEPAS BANGUN TIDO


-sumber dari taknakgemuk.com

Atkins Diet

" Had 20 gram karbohidrat selama Induction ini bukan bertujuan untuk menyusahkan anda tetapi untuk memastikan badan anda membakar lemak, bukan glukosa. Dari segi sainsnya, badan akan menggunakan glukosa sebagai bahan api terlebih dahulu sebelum lemak. Jika anda mengehadkan karbohidrat kepada hanya 20 gram atau kurang sehari, store glukosa badan anda akan habis dalam masa 48 jam (2 hari). Selepas tu, apa yang dibakar oleh badan anda sebagai tenaga adalah lemak semata-mata dan dengan cara inilah anda akan menghilangkan lemak"Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan.
Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan anda akan mula menyusut.

Dr Atkins mula mengembangkan idea karbohidrat rendah dalam pemakanan, semenjak tahun 1970an lagi tapi kurang mendapat sambutan. Pada masa itu ramai rakyat Amerika telah mengikuti low-fat diet atau diet rendah lemak.

Melalui low-fat diet, ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun mereka mengehadkan makanan berlemak, mereka masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula, seperti meminum lebih  banyak jus, memakan roti dan kentang berlebihan. Yang berjaya menurunkan berat badan pula selalunya akan kembali ke berat badan asal dalam masa 1-2 tahun kerana kebanyakan diet yang diperkenalkan menyebabkan mereka sentiasa terasa lapar dan tak mampu mengikut teknik low-fat diet itu buat masa yang lama.

Dr Atkin telah membuat kajian mengenai low carbohydrate diet dan mendapati yang mereka yang mengamalkan pemakanan kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup.

Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda. 4 peringkatnya ialah:
1. Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan.
2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)
3. Pre-maintenance
4. Lifetime Maintenance

Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction. 


- sumber dari taknakgemuk.com/http://bicikut.blogspot.com